24 August 2010

Peraduan Bayi di Pa&Ma Online

Muhammad Alif Firdaus, itulah dia nama anak saya, merupakan cucu pertama di dalam keluarga sebelah saya. Muhammad Alif Firdaus sudah pun berusia 6 bulan, sempena itu jugalah mamanya telah daftarkan Muhammad Alif Firdaus pada pertandingan bayi bagi majalah Pa & Ma. Bila saya sendiri lihat, memang ramai yang menyertai pertandingan ini, pemenang akan dipilih berdasarkan peratusan markah tertinggi. Peratusan markah dibahagi kepada dua iaitu 30% undian melalui web dan 70% undian dari pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.Anda boleh berulang kali mengundi pada gambar bayi yang anda suka . Pertandingan ini sedikit sebanyak menarik perhatian ibu-ibu di dunia blog. Meriah sungguh..


Disebabkan permintaan dari mama Alif, maka terpaksa juga saya buat entri ini untuk menarik perhatian anda untuk mengundi anak kami iaitu Muhammad Alif Firdaus. Jika anda rasakan anak kami layak, cute & smart untuk diundi maka terserahlah kepada anda semua. Tiada paksaan di dalam perkara ini.

(Klik untuk mengundi Bayi )

Hm..Alif.Alif...tengok sajalah gelagatnya bila berhadapan dengan kamera.

0 comments:

Post a Comment

Komen berbentuk spam tidak dibenarkan. Semua komen akan diperiksa. Sila sertakan email sekiranya perlu.